Terms of service
Selamat datang ke nexusmalaysia.shop!
Terma dan syarat ini menggariskan peraturan dan undang-undang bagi penggunaan laman web DNM NEXUS INTERNATIONAL yang terletak di https://nexusmalaysia.shop.
Dengan mengakses laman web ini, anda dianggap bersetuju menerima terma dan syarat ini. Jangan teruskan menggunakan nexusmalaysia.shop sekiranya anda tidak bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat yang dinyatakan di halaman ini.
Cookies:
Laman web ini menggunakan cookies untuk membantu memperibadikan pengalaman dalam talian anda. Dengan mengakses nexusmalaysia.shop, anda bersetuju untuk menggunakan cookies yang diperlukan.
Cookie ialah fail teks yang diletakkan pada cakera keras anda oleh pelayan laman web. Cookies tidak boleh digunakan untuk menjalankan program atau menghantar virus ke komputer anda. Cookies diberikan secara unik kepada anda dan hanya boleh dibaca oleh pelayan web dalam domain yang mengeluarkan cookie tersebut.
Kami mungkin menggunakan cookies untuk mengumpul, menyimpan dan menjejaki maklumat bagi tujuan statistik atau pemasaran untuk mengendalikan laman web kami. Anda mempunyai pilihan untuk menerima atau menolak cookies pilihan. Terdapat beberapa cookies wajib yang diperlukan untuk operasi laman web kami. Cookies ini tidak memerlukan persetujuan anda kerana ia sentiasa berfungsi. Sila ambil maklum bahawa dengan menerima cookies wajib, anda juga menerima cookies pihak ketiga yang mungkin digunakan melalui perkhidmatan pihak ketiga sekiranya anda menggunakan perkhidmatan tersebut di laman web kami, contohnya paparan video yang disediakan oleh pihak ketiga dan diintegrasikan ke dalam laman web kami.
Pembayaran & Caj
nexusmalaysia.shop! menerima pembayaran melalui Perbankan Dalam Talian (FPX). DNM Nexus International berhak untuk meminda atau mengemas kini harga produk dan pakej.
Harga yang dinyatakan tidak termasuk caj penghantaran. Caj penghantaran adalah berdasarkan jumlah berat, saiz pakej produk dan lokasi. Caj penghantaran akan dimasukkan dalam jumlah harga keseluruhan.
Anda akan menerima e-mel pengesahan pesanan bersama resit selepas pembayaran dibuat. Setelah pembayaran anda disahkan diterima, kami akan meneruskan proses penghantaran pesanan anda.
Proses Penghantaran Pesanan
Semua pesanan akan diproses dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas pembayaran disahkan. Pesanan tidak akan diproses pada hujung minggu dan cuti umum.
Anggaran Penghantaran
Semenanjung Malaysia: 2 - 5 hari bekerja
Malaysia Timur: 3 - 7 hari bekerja
Semua bungkusan akan dibungkus dengan kemas sebelum dihantar kepada anda.
Sekiranya anda tidak menerima bungkusan dalam tempoh yang dinyatakan di atas, sila hubungi kami dalam tempoh 3 hari bekerja.
Penafian:
Sekiranya berlaku kelewatan penghantaran, kami tidak akan bertanggungjawab atas sebab-sebab berikut:
Cuaca buruk
Masalah logistik dengan syarikat kurier yang dipilih
Alamat tidak lengkap / alamat salah
Kami menganggap semua maklumat dan butiran yang diberikan adalah benar dan akan bertindak berdasarkan terma & syarat ini.
